Produk Duta Aktiviti Kilang Keratan Akhbar Hubungi Kami Beli Online


Kopi herba Young café ini di rumus khas untuk meningkatkan taraf kesihatan, mengembalikan kecergasan mental dan fizikal selain sebagai anti-oksidan
yang bertindak mengekalkan awet muda. Ianya difomulasikan khas untuk kebaikan semua peringkat umur dan jantina. Kopi pracampuran herba Young café
mengandungi empat jenis herba terpilih iaitu Pegaga, Halia, Ubi Jaga dan Tongkat Ali yang diproses menggunakan proses bioteknologi.



Herba
Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu. WHO telah
mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak.
Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong
badan dari bahan toksid.

Halia tergolong dalam kategori herba tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan
tenaga batin,menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Halia juga dikatakan
boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga
bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat.

Ubi jaga merupakan sejenis herba memanjat yang mempunyai batang yang mudah lentur tetapi kuat , berwarna hijau gelap.
Kegunaan utama ubi jaga ialah untuk melancarkan perjalanan darah, menambah tenaga dan daya berahi, mengurangkan
sakit-sakit badan dan sendi, menguatkan otot-otot dan pinggang, memekatkan air mani.

Tongkat Ali
mempunyai pelbagai hasiat untuk penjagaan kesihatan badan. Khasiat utama akar Tongkat Ali ialah untuk kekuatan
tenaga batin lelaki serta perempuan yang ada kaitan dengan meningkatkan keinginan seks.Tongkat ali dikenal pasti berkeupayaan
untuk meningkatkan penghasilan hormon testosterone (androgenic) yang diperlukan dalam fungsi kelelakian. Hasil kajian juga
mendapati bahawa tongkat ali mempunyai sebatian aktif anti malaria dan anti kanser tetapi kajian lanjut mengenai tumbuhan
herba tersebut masih dijalankan.


Produk Young café ini dikilangkan oleh TPM Biotech Sdn Bhd iaitu anak syarikat penuh milik Technology Park Malaysia
(TPM) Corporation Sdn Bhd
, sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Proses penghasilan kopi
herba ini menggunakan peralatan-peralatan yang moden dan terkini disamping sistem piawaian yang sangat ketat.
Kilang milik TPM Biotech yang berstatus GMP dan mempunyai sijil Halal ini sentiasa menitik beratkan kualiti dan
kebersihan produk yang dihasilkan.

English